Lokasi menarik Mandalay

Pagoda Maha Muni
  • Bukit Mandalay merupakan gunung suci. Kononnya sang Buddha pernah bernubuat di bukit ini. Tingginya 230 meter.
  • Istana Mandalay — pernah terbakar semasa Perang Dunia Kedua. Muzium Budaya terletak di perkarangan istana.
  • Biara Shwenandaw — terkenal kerana ukiran kayu jati yang halus. Ia sebenarnya sebahagian daripada istana lama yang dipindahkan oleh Raja Thibaw pada tahun 1880.
  • Pagoda Maha Muni — dikatakan tempat Sang Gautama Buddha. Dibina oleh Raja Bodawpaya pada 1784. Tingginya 12 meter.
  • Pagoda Kuthodaw dibina oleh Raja Mindon pada 1857. Terdapat 729 stupa dan menjadi buku terbesar di dunia.